Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang 

Assalamualaikum.  Hari ini diberi kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Makam ini selepas hampir 17 tahun. Kali terakhir datang ke sini masa darjah 1 ke darjah 2. Memang lama sangat. Walaupun kampung dekat je di air Tawar 2, selalu lalu tapi tak pernah singgah. 

Memang ada pantang larang bila nak menziarahi makam. Adab. Ambil wudhuk bagi salam dan zikir lah pape, bukannya apa biasa lah tempat-tempat begini.. terlanggar atau terlupa maka kena lah “tegur” macam saya,  Huhu, hujung post ini saya bagitahu. 

Pemandangan di dalam makam yang dapat saya ambil gambarnya  

Beberapa gambar rawak yang sempat saya tangkap sebelum “ditegur”.

Batu nisan Sultan Mahmud Mangkap dijulang. 

Gambar penuh Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Tempat saya ditegur… 

Ketika gambar ini ditangkap sepatutnya 180darjah pemandangan mode panorama tiba-tiba phone ada “something” yang tekan. Bukan sekali tapi 5 6 kali. Disangka jari tertekan disebabkan Hyperhydrosis tapi bila dah banyak Kali cuba.. terperasan ada yang tolong touch skrin dan snap ke arah stu makam. 6 gambar berhenti di posisi yang sama. Huhu. Mungkin disebabkan terlanggar 1 pantang. ..Allahu harap ok lah. Takda niat nak mencabar. 

Tujuan datang ziarahi ini pun Sebab dah berkali2 mimpi yang sama semenjak akhir2 ini. Wallahualam..  Mungkin mainan mimpi. Apepun first time “ditegur” dan ada satu lagi perkara yang tak boleh saya cerita. Yang paling penting jangan simpan walau sedikit niat yang tidak baik ketika menziarahi tempat sebegini. Jangan cabul sama ada dimulut atau di dalam hati. 


Lokasi di Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, terletak dikota tinggi, johor darul takzim. 

Sebenarnya ada video tapi bila balik tengok dalam folder hilang dah. Haha. Anggap Tiada rezeki,  kalau nak rakam pergilah rakam sendiri 😂😂. Cheq tak nak datang lagi. Hahaha.