Cara Mendapatkan Geran Kenderaan yang telah hilang

Assalamualaikum, kepada pembaca sekalian hari ini ingin saya kongsikan cara-cara untuk mendapatkan geran kenderaan yang telah hilang. Secara tiba-tiba geran ghaib dari simpanan dokumen. Masih misteri buat saya. Seterusnya, mungkin terdapat dari kalangan kalian yang mana geran kenderaan telah rosak, hilang mahupun seumpamanya. Tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan  (Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)  di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berdekatan.  Akan tetapi anda perlu faham bahawa ”bermula’1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)  memperkenalkan satu kaedah baru, Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta.” 

Apa yang perlu anda lakukan bagi mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut di JPJ adalah.

  1. Sediakan Fotostat IC
  2. Isi borang JPJK7 (Dapatkan di kaunter)

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat situasi dimana anda tidak dapat hadir. Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut boleh diperolehi dimana anda perlu melantik seseorang sebagai wakil rasmi dan bersama-samanya perlu dilampirkan bukti bahawa anda menghantar wakil yang sah bagi mendapatkan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) tersebut. Anda juga perlu menyatakan dokumen yang berkaitan atas alasan apa anda tidak dapat menghadirkan diri seperti dalam keadaan yang tidak mengizinkan, tidak sihat, berada diluar negara, dan sebagainya.

Diharap perkongsian ini bermanfaat buat pembaca sekalian.

Sumber tambahan : https://pandulaju.com.my/jpj-perkenal-sijil-pemilikan-kenderaan-voc-sebagai-ganti-geran-kereta-berkuatkuasa-1-jun-2016/

Advertisements

Google Adsense

Assalamualaikum.

Kali ini saya ingin menulis berkaitan Google Adsense. Satu ketika dahulu famous dengan pendapatan klik2 dapat duit melalui pelbagai cara, perkara ini dimaksudkan dengan menjana pendapatan melalui internet. Antara kaedah klik2 yang dimaksudkan adalah melalui dropship menerusi media sosial Facebook, Twitter dan yang terbaru Instagram. Sementara itu, terdapat juga kaedah lain iaitu menerusi e-Bay, Mudah.com, dan Google Adsense.

Capture

Saya memfokuskan kepada pengalaman saya(Newbie) dalam google adsense. Mungkin ramai diluar sana sudah mempunyai account google adsense yang di Approved. Apapun bagi saya bukan mudah untuk mendapatkan akaun google adsense kerana pelbagai proseduer walaupun terdapat banyak info yang boleh didapati di internet. Selepas mencuba beberapa kali dalam beberapa tahun ini, secara tidak sengaja. Saya menjumpai kaedah yang mudah untuk mendapatkan akaun google adsense. Lebih kurang 3 bulan saya usahakan menghadap lappy semasa jobless, hehe. Akhirnya, 2 minggu lepas mendapat perkhabaran bahawa saya telah dikirimkan sepucuk surat dari Google Adsense. (Dalamnya mengandungi pin untuk register account Google Adsense saya.

Ringkasan yang saya dapat nyatakan disini adalah bahawa terdapat pelbagai kaedah di internet yang boleh kita gunakan untuk menjana pendapatan.