Pemilik rumah Strata

 

Saya pernah menulis entry berkenaan cukai tanah bagi kediaman pangsapuri. Akan tetapi penulisan tersebut hanya berkaitan cukai tanah dan menyentuh sedikit cukai harta atau cukai pintu. Bagi penulisan saya kali ini, saya akan pergi lebih menyeluruh berkenaan bayaran-bayaran yang perlu dilakukan oleh pemilik kediaman strata iaitu kediaman yang bertingkat sebagai contoh ”Apartment”.

  1. Cukai tanah (sila rujuk entry sebelum ini) https://muhdhafiss.wordpress.com/2017/09/22/cukai-tanah-pangsapuri/
  2. Cukai Pintu/Harta
  3. Insuran Api (Fire Insurance) untuk bangunan/Kawasan awam

Cukai pintu/harta

Cukai pintu/harta boleh dipecahkan kepada dua (hanya bagi pemilik rumah strata) iaitu 1 untuk unit rumah dan kedua adalah untuk kawasan umum yang dikongsi bersama dengan pemilik rumah yang lain dibangunan tersebut. Hal ini dimana pemilik perlu membayar cukai pintu/harta bagi unit rumah kepada Majlis Perbandaran manakala cukai pintu/harta bagi kawasan awam perlu dijelaskan kepada pihak pengurusan bangunan. Hal ini kerana bayaran cukai pintu/harta bagi kawasan umum akan dijelaskan oleh pihak pengurusan sebelum meminta ”parcel owner” pemilik unit2 dibangunan tersebut membayar cukai tersebut. Cukai pintu/harta kawasan umum adalah merujuk kepada fasiliti yang dikongsi bersama seperti gym, sauna, kolam renang dan lain-lain fasiliti yang terdapat dikawasan tempat tinggal anda.

Insuran Api

Insuran api merupakan insuran yang perlu dibayar oleh pemilik. Walaupun pemilik mempunyai pilihan untuk membeli insuran daripada bank atau pihak pengurusan. Pemilik disarankan untuk membayar insuran api ini kepada pihak pengurusan kerana pihak pengurusan kebiasaannya akan membeli insuran api untuk bangunan yang diuruskan sebelum meminta pemilik untuk membuat pembayaran dan mendapatkan sijil insuran api yang mana perlu dikemukakan kepada pihak bank yang diloankan. Hal ini kerana pihak bank akan memastikan setiap pemilik untuk mempunyai insuran api, Oleh yang demikian, sekiranya pemilik tidak memaklumkan kepada bank bahawa pemilik telah membeli insuran api melalui pihak pengurusan. Hal ini akan mengakibatkan pihak bank secara automatik meminta anda membeli insuran yang dicadangkan oleh pihak bank tersebut bagi jaminan bangunan tersebut.

”Defect period”

Bagi defect period adalah merupakan salah satu perkara yang dinyatakan oleh pihak pemaju. Hal ini dimana bergantung kepada perjanjian diantara pemaju dan pemilik bagi tempoh defect yang dipersetujui. Sebagai contoh terdapat pemaju yang akan memberikan tempoh 3 tahun dan ada juga yang memberikan tempoh 5 tahun. Perkara ini adalah merujuk kepada warranty bangunan yang diberikan oleh pemaju terhadap pemilik rumah. Masalah seperti leaking, crack dan lain-lain masalah yang tidak berkaitan wear and tear akan membolehkan pemilik dapat claim daripada pemaju untuk melakukan pembaikan secara percuma.

Bayaran penyelengaraan

Bayaran ini merupakan bayaran yang wajib dibuat oleh pemilik kepada pihak pengurusan setiap bulan. Akan tetapi bayaran ini hanyalah perlu dilakukan setelah tempoh ”free maintenance fee” oleh pemaju tamat. Ingin diterangkan disini istilah free yang dimaksudkan adalah bermakna kos bayaran penyelengaraan dibuat oleh pemaju bagi satu tempoh yang dipersetujui didalam perjanjian jual beli. Bayaran ini bertujuan bagi menyelenggara bangunan tersebut. Hal ini merujuk kepada bayaran untuk cleaner, security, gardener, swimming pool dan lain-lain fasiliti serta kos lain yang perlu dikeluarkan untuk memastikan persekitaran bangunan kediaman tersebut sentiasa terjaga.

Image result for strata act

Pemilik rumah strata perlu membaca strata act, Akta hakmilik strata dimana didalam ini telah dinyatakan segalanya berkaitan tanggungjawab, keperluan dan segala hal yang perlu dititikberatkan sebagai pemilik kediaman strata. Anda boleh dapatkan diinternet. Untuk makluman akta strata telah dipinda dan 2015 merupakan versi yang terbaru dan telah dikemaskini dan ditambahbaik dari versi yang sebelumnya.

Kemudian terdapat beberapa perkara lagi yang perlu diambil tahu oleh pemilik rumah strata.

  1. Deposit berkenaan pindah keluar/masuk barang, renovation, installation.
  2. Akses kad
  3. Parking lot
  4. waktu operasi kawasan rekreasi dan fasiliti dikawasan kediaman
  5. proseduer untuk pelawat masuk ke kediaman
  6. Undang-undang rumah(house rule)
Advertisements

Cara Uninstall Software

Merujuk kepada bagaimana anda ingin ”uninstall software.  Hal ini kerana bagi kes tertentu. Terdapat kesukaran bagi ”uninstall software” yang tidak digunakan lagi. Bagi mereka yang celik IT terdapat beberapa pemahaman berkaitan key, crack dan lain-lain yang menjadi faktor kesukaran bagi remove software tersebut. Akan tetapi terdapat cara yang mudah yang akan saya kongsikan. Anda hanya perlu install 1 software yang dipanggil Revo Uninstaller Pro.

 

Berikut saya kongsikan link untuk anda download software tersebut dan video sumber dari youtube untuk rujukan.

Download : Revo  Uninstaller Pro

video : How to Uninstall any software application with Revo uninstaller pro

 

Website Lelong yang Berbaloi

Assalamualaikum. Tentunya website untuk Online Shopping seperti Lazada, Mudah.my Lelong.my dan eBay serta banyak lagi menjadi pilihan hati bagi mereka yang memilih untuk mendapatkan barangan secara mudah. Terdapat banyak faktor mengapa website ini menjadi pilihan. Antaranya adalah kerana kurangnya penipuan oleh penjual kerana dilindungi oleh sistem website tersebut. Walaubagaimanapun, sebagai pembeli haruslah bijak untuk memastikan barang yang dibeli itu akan diperolehi seperti yang dipaparkan di dalam website. Hal ini termasuk dengan meneliti setiap maklumat yang dinyatakan bagi setiap barang yang dijual. Kebanyakan pembeli yang mendakwa ditipu adalah merupakan mereka yang kurang teliti dalam memastikan maklumat yang dinyatakan dan hanya tertipu dengan gambar yang dipaparkan semata-mata.

Oleh itu, selain website yang dinyatakan diatas. Terdapat satu website yang boleh dicadangkan bagi mereka untuk mendapatkan barangan tertentu. Website Lelong yang dimaksudkan adalah website Chilindo  . Di dalam website ini anda boleh ”bid” dengan harga yang sangat murah. Akan tetapi ”bid” memerlukan teknik yang betul agar anda mendapatkan barang yang anda mahu dengan harga yang ”berbaloi”. Salah satu teknik yang boleh saya kongsikan anda adalah periksa dahulu harga pasaran sesuatu pasaran sebelum anda melalkukan ”bid” yang tertinggi. Hal ini kerana anda tidak sepatutnya ”bid” diatas harga pasaran. Kerana ini hanya mendatangkan kerugian sekaligus sudah lari dari tujuan asal iaitu mendapatkan barang tersebut bawah daripada harga pasaran.

Tambahan pula, anda perlu mengambil kira kos penghantaran RM8.00 +(Total harga bid barangan yang terkumpul). Sebagai contoh

Item 1 + Item 2 + Item 3 + RM8.00 = Total harga Item1,2,3 + RM8.00

Pembeli juga mempunyai pilihan sekiranya mahu COD akan tetapi perlu membayar chrage tambahan sebanyak iaitu

Total harga Item1,2,3 +RM8.00 + RM4.00

Kaedah pembayaran yang boleh dipilih adalah melalui Kad Credit/Debit, COD, Online Banking(OCBC).

Harap perkongsian ini berguna pada anda semua. Post ini tidak berbayar dari Chilindo ye 🙂 Mohon royalti dari pihak chilindo untuk promosi post ini andai ada admin chilindo baca post ini. Hehe.

CHILINDO

Cukai Tanah Pangsapuri

Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca yang mungkin juga pemilik rumah di pangsapuri. Terdapat dua bayaran yang akan dilakukan.

1.(Quit Rent) Cukai tanah – Pejabat Tanah (Pembayaran di pejabat tanah)

2. (Assessment) Cukai Pintu – Kerajaan tempatan (pembayaran di Majlis perbandaran)

 

Kefahaman Pengiraan cukai tanah pangsapuri merangkumi beberapa aspek.

  1. Square ft
  2. Share unit

Bagi Square ft, bagi pihak pengurusan pangsapuri yang ingin melakukan pengiraan sesuatu cukai berdasarkan Square ft perlu memastikan keluasan square ft bagi setiap unit! ye setiap unit dan bukan hanya sekadar menganggap setiap unit mempunyai keluasan yang sama biarpun berada pada type yang sama. Hal ini merujuk kepada pangsapuri yang ada seragam bagi type A = 1200 Square ft, type B = 916 Square ft dan type C = 500 Square ft.

Hal ini kerana design sesuatu pangsapuri akan menentukan suatu keluasan unit bagi setiap jenis type. Hal ini kerana terdapat type A yang mempunyai tempat letak bunga sekaligus +1 Square ft. Oleh yang demikian, terdapat unit type A ada yang mempunyai keluasan 1201 Square ft. Secara matematik mudah 1 Square ft telah ditambah dan akan memberikan penambahan cukai bagi unit tersebut.

Sementara Share unit mempunyai pengiraan merangkumi unit rumah, bilangan tempat letak kereta dan ruangan yang dikongsi bersama dalam pangsapuri tersebut iaitu seperti kolam renang, gym dan sauna serta lain-lain.

Oleh yang demikian, pengiraan yang dilakukan adalah merujuk kepada 2 aspek ini. Walaubagaimanapun, bagi cukai tanah. Jumlah yang perlu dibayar pada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) adalah sama pada setiap tahun kecuali terdapat surcharge, iaitu bayaran denda kelewatan(Sama ada kelemahan pihak pengurusan pangsapuri mahupun pihak pemaju bagi pangsapuri yang masih dalam proses penyerahan kepada badan pengurusan bersama). Akan tetapi bayaran yang perlu dibayar oleh setiap pemilik unit rumah di pangsapuri adalah tetap sama pada setiap tahun.