Bab7j-Peruntukan Akta Kelulusan Pelan Bangunan

KELULUSAN PELAN BANGUNAN

Peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan Mengenai Pembinaan Bangunan

1) Sek 70 (1) – tiada seorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan. Seksyen ini dengan jelas menghalang aktiviti setinggan membina bangunan tanpa kebenaran.

2) Sek 70A (1) – tiada seseorang boleh memulakan atau menjalankan atau membenarkan supaya dimulakan atau dijalankan sesuatu kerja-kerja tanah tanpa terlebih dahulu mengemukakan kepada pihak berkuasa tempatan pelan-pelan dan penentuan-penentuan berkenaan dengan kerja-kerja tanah itu dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan mengenainya. Oleh yang demikian, seseorang yang bercadang hendak mendirikan sesuatu bangunan hendaklah mengemukakan kepada PBT apa-apa pelan dan penentuan yang dikehendaki oleh mana-mana undangf-undang kecil di bawah akta ini.

3) Sek 72 (1) – jika pihak berkuasa tempatan berpuashati bahawa sesuatu bangunan telah didirikan bersalahan dengan sek 70, atau jika bangunan itu telah didirikan sebelum berkuatkuasanya akta ini pihak berkuasa boleh menghendaki pemunya tanah itu melalui notis yang disampaikan kepadanya memnita;

  1. Jangan memulakan atau meneruskan pendirian mana-mana bangunan itu
  2. Meruntuhkan bangunan itu dalam masa yang ditetapkan
  3. Mengambil langkah-langkah sebagaimana diperintah oleh pihak berkuasa tempatan terlibat

 

4) Sek 70 (2) – jika pemunya itu tidak dapat meruntuhkan bangunan itu dalam tempoh yang ditetapkan, pemunya boleh meminta pihak berkuasa tempatan menjalankan kehendak-kehendak notis tersebut;

5) Sek 70 (3) – tiada sesuatu permintaan yang dibuat oleh pemunya di bawah sub seksyen 2 boleh melepaskan tuanpunya daripada tanggungannya di bawah seksyen ini melainkan jika ia membuat permintaan itu dalam tempoh masa dinyatakan untuk ia meruntuhkan bangunan itu dan jika dalam tempoh itu juga ia;

  1. Mendepositkan dengan PBT sejumlah wang yang pada pendapat PBT mencukupi untuk membiayai kos meruntuhkan bangunan itu, memindahkan apa-apa harta alih yang terdapat dalam bangunan terlibat atau menyimpan harta alih berkenaan.
  2. Menanggung rugi dan sentiasa menanggung rugi bagi pihak berkuasa tempatan daripada apa-apa tuntutan, ganti rosak, kerugian, tindakan atau langkah perbicaraan yang mungkin di bawa terhadap pihak berkuasa tempatan disebabkan oleh perkara (a) di atas.
  3. Seseorang yang tidak mematuhi kehendaki-kehendaki notis itu adalah bersalah atas suatu kesalahab dan bole boleh apabila disabitkan denda tidak lebih RM250 bagi tiap-tiap hari kesalahan dilakukan.

 

Peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara  

  • Sek 425A Kanun Tanah Negara – sebarang orang tanpa kebenaran sah menggunakan atau menduduki ruang udara di atas tanah negeri atau tanah rezab dengan cara mendirikan, mengekalkan atau menduduki sesuatu bumbung, lelangit, jambatan atau sebarang struktur adalah melakukan kesalahan dan boleh dihukum tidal lebih enam bulan penjara.

 

PBT pula boleh memberi sebarang arahan BERIKUT:

  • Pihak Berkuasa Tempatan boleh memberi arahan-arahan bertulis kepada mana-mana orang untuk mengemukakan sesuatu pelan dan penentuan dengan mana-mana daripada butir-butir berikut:
  • Pematuhan akta ini atau mana-mana akta lain atau mana-mana undang-undang kecil, perintah, kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya;
  • Tapak sesuatu bangunan dan ruang yang akan ditinggalkan lapang dikeliling mana-mana bangunan untuk membolehkan cahaya matahari untuk senang masuk dan pengaliran udara yang mudah serta untuk memudahkan pembangunan sampah.
  • Aras-aras takat mana asas dan tingkat yang rendah sekali hendaklah dipastikan serta disusunaturkan.

 

 

 

PROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN

 

  • Permohonan dikemukakan ke PBT dengan memjelaskan bayaran proses dan wang cagaran untuk melaksanakan projek.
  • PBT akan menyerahkan dokumen yang berkaitan ke jabatan-jabatan teknikal untuk ulasan.
  • Jabatan Pembentungan
  • Jabatan Bomba
  • Jabatan Kerja Raya
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Syarikat Telekom Malaysia
  • Pihak Berkuasa Tempatan (dalaman)
  • Jabatan Penerbangan Awam
  • Pihak Berkuasa Air Negeri.

 

  • PBT akan membuat lawatan ke tapak binaan bagi memastikan bahawa pembinaan tidak dimulakan sebelum pelan-pelan diluluskan. Lawatan tapak boleh diadakan oleh PBT selepas mendaftarkan permohonan dan sebelum menerima ulasan dari agensi-agensi teknikal. Sekiranya diadapati pembinaan telah dimulakan sebelum kelulusan diberi, maka pemohon akan dikenakan denda dalam bentuk fee yang jumlahnya dietapkan oleh PBT mengikut Jadual Pertama (17) kehendak UKBS 1984. Pemohon akan dikeluarkan resit apabila menjelaskan denda tersebut.
  • PBT akan menyemak ulasan agensi-agensi teknikal yang dikemukakan dan jika sudah lengkap, maka PBT akan mengemaskinikan ulasan dan menyediakan kertas kerja untuk dibawa ke Mesuarat Jawatankuasa Teknikal Bahagian Perancangan dan Bangunan.
  • Sekiranya permohonan tidak menepati syarat, PBT akan memaklumkan kepada pemohon untuk dibuat pembetulan.

 

  • Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan, perkara-perkara yang dipertimbangkan adalah mengenai:
  • Peruntukan dalam Akta 133
  • Kehendak-kehendak dalam UKBS 1984
  • Ulasan-ulasan agensi teknikal selaras dengan peraturan dan keperluan pentadbiran;
  • Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT;
  • Polisi-polisi kerajaan mengenai pembangunan seperti adanya arahan Kabinet, perkeliling dan lain-lain makluman polisi kerajaan terbaru.

 

  • Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Bangunan akan bersidang untuk mengkaji dan memperakukan kepada Mesyarat Penuh Majlis untuk persetujuan.
  • Semasa Mesyuarat Majlis Penoh, permohonan akan dipertimbangkan samada menerima atau menolak permohonan permohon.
  • Permohonan yang ditolak akan diamklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu minggu dengan menyatakan alasan penolakan permohonan tersebut.
  • Bagi permohonan yang diluluskan, pelan-pelan bangunan akan ditandatangani oleh YDP Majlis.
  • PBT seterusnya akan mengeluarkan surat kelulusan yang menerangkan perkara-perkara berikut:

 

–     samada kelulusan diberi secara mutlak atau bersyarat

  • Tarikh kelulusan diberikan
  • Had tempoh kelulusan diberi
  • Pelan-pelan bangunan yang telah dicop diluluskan.

 

Syarat-syarat Kelulusan Pelan Bangunan

  • Pelan-pelan mestilah dikemukakan oleh pihak perunding aiitu arkitek atau jurutera yang berdaftar dengan embaga masing-masing dan PBT itu sendiri.
  • Salinan sijil dan nombor pendaftaran arkitek aau jurutera dengan lemabaga dan PBT berkenaan perlu disertakan.
  • Pelan-pelan bangunan mestilah dikemukan dalam 4 salinan yang terdiri daripada kertas linen dan salinan kertas biasa.
  • Pelan-pelan mestilah dikemukakan dengan menggunakan Borang Khas yang disisi dengan lengkap.
  • Salinan suratan hakmilik tanah yang sah mesti disertakan.
  • Pelan-pelan struktur bangunan dan pelan binaan hendaklah dikemukakan sebanyak satu salinan sebelum kerja-kerja pembinaan dijalankan.
  • Semua pelan-pelan yang diserahkan kepada PBT harus mempunyai tajuk dan diwarnakan dengan warna piawai yang telah ditetapkan.
  • Pelan tapak dan salinan daftar sementara juga mesti dilampirkan bersama-sama dengan boring permohonan.
  • Semua pelan yang diserahkan untuk proses kelulusan mesti ditandatangi oleh arkitek atau pelukis pelan bangunan berdaftar serta oleh pemilik-pemilik tanah terlibat.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s