Bab7h – Syarat dan Proses Penyatuan Tanah

PENYATUAN TANAH

 

1.0    Makna Penyatuan

Penyatuan tanah bermaksud bahawa dua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang dibawah hakmilik-hakmilik berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang olehnya di bawah satu hakmilik.

Lot-lot itu tidak boleh disatukan jika tidak terletak di dalam satu bandar, pekan atau mukim yang sama, atau jika terletak di dalam satu bandar atau pekan lot-lot itu tidak boleh disatukan sekiranya sebahagian daripadanya dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagian lagi dibawah hak milik Pejabat Tanah.

Mana-mana dua lot atau lebih adalah dianggapkan sebagai berdampingan jika tiap-tiap satunya berkongsi sekurang-kurangnya satu sempadan yang sama dengan satu yang lain.

2.0    Kuasa Menulis

 

Sebagaimana yang diperuntukan dalam KTN, jika ketiadaan apa-apa arahan yang berlawanan daripada Pihak Berkuasa Negeri, kelulusan penyatuan hendaklah diberikan oleh Pemungut sekiranya lot-lot yang hendak disatukan adalah dipegang di bawah hakmilik-hakmilik Pejabat Tanah dan keluasan yang disatukan tidak melebihi sepuluh ekar, dan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dalam tiap-tiap kes yang lain.

Arahan yang berlawanan boleh jadi dengan bermaksud bahawa penyatuan dikehendaki luluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sendiri atau oleh mana-mana pihak berkuasa lain yang diwakilkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Perlulah diperhatikan bahawa arahan sedemikian hendaklah disiarkan di dalam Warta.

 

3.0    Syarat-Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan

KTN memperuntukkan bahawa penyatuan tanah boleh diluluskan hanya jika dipenuhi syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat ini adalah berhubung dengan:

a)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Sekatan Kepentingan

Penyatuan tidak boleh diluluskan sekiranya mana-mana lot yang hendak disatukan adalah tertakluk kepada sekatan kepentingan yang membawa maksud bahawa penyatuan tidak boleh dilakukan.

b)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung dengan Peruntukan dan Kehendak Undang-Undang Bertulis Yang Lain.

Penyatuan tanah tidak boleh diluluskan sekiranya mana-mana lot yang hendak diluluskan jika ia berlawanan dengan mana-mana peruntukan atau kehendak mana-mana undang-undang bertulis. Misalnya Enekmen Perizapan Malayu Terangganu tidak membenarkan penyatuan mana mana-mana lot yang menyebabkan percantuman itu melebihi keluasan 10 ekar.

c)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung dengan Kelulusan Pihak Berkuasa Perancangan

Kelulusan pihak berkuasa perancangan adalah perlu sebelum kelulusan boleh diberikan kepada mana-mana tanah yang terletak dalam kawasan pihak berkuasa negeri. Jika tanah-tanah terlibat berada di luar kawasan pihak berkuasa perancangan, maka pandangan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa perlu diperolehi sebelum proses penyatauan boleh dilulusakan.

d)Syarat Untuk Meluluskan Penyatauan Berhubung dengan Butiran Hasil

Sebagaimana diperuntukkan di bawah peruntukan KTN penyatuan tidak boleh diluluskan jika terdapat apa-apa butiran hasil tanah yang masih belum dijelaskan mengenai tanah itu.

 

e) Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Dengan Persetujuan Tiap-Tiap Orang/ Badan yang Mempunyai Kepentingan Tertentu Ke Atas Tanah Itu.

Dengan yang demikian jika tanah itu tertakluk kepada gadaian, pajakan atau lien atau jika pajakan tanah  itu tertakluk kepada gadaian, pajakan, atau lien, persetujuan bertulis tiap-tiap orang/badan yang berhak mendapat faedah gadaian, pajakan atau lien pada masa dibuat permohonan hendaklah diperolehi sebelum boleh diluluskan penyatuan.

 f)Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Dengan Keluasan Minima Yang Disatukan

Penyatuan tanah tidak boleh diluluskan mengenai tanah yang tertakluk kepada jenis “pertanian” atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang menghendaki penggunaanya untuk maksud pertanian jika keluasan yang disatukan adalah kurang daripada satu ekar (di Kelantan, ianya hendaklah tidak kurang daripada setengah ekar).

Jika penyatuan adalah mengenai tanah yang tidak tertakluk kepada jenis “pertanian” atau tidak tertakluk kepada apa-apa syarat yang menghendaki penggunaanya untuk maksud pertanian,keluasan yang disatukan tidak boleh kurang daripada keluasan minima sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan sifatnya sebagai pehak berkuasa perancangan (sekiranya tanah itu di dalam kawasan pehak berkuasa tempatan) atau oleh Pehak Berkuasa Negeri (jika tanah itu di luar kawasan pehak berkuasa tempatan).

 g) Syarat Untuk Meluluskan Penyatuan Berhubung Dengan Bentuk Tanah Yang Disatukan.

Dengan yang demikian penyatuan tidak boleh diluluskan jika bentuk kawasan yang disatukan tidak bersesuaian dengan maksud yang untuknya tanah itu dicadang gunakan.

 h) Syarat-syarat Lain Untuk Meluluskan Penyatuan

Keizinan Pehak Berkuasa Negeri hendaklah diperlukan juga sebelum penyatuan boleh diluluskan oleh PHT atau Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri dalam mana-mana keadaan berikut:

  • Jika semua lot yang hendak disatukan adalah dipegang dibawah hakmilik Pejabat Tanah dan keluasan yang disatukan itu akan melebihi 10 ekar;
  • Jika lot-lot yang hendak disatukan adalah sebahagian nya dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar  dan sebahagiannya  di pegang di bawah hakmilik  Pejabat Tanah ;
  • Jika terdapat tidak persamaan di antara mana-mana lot yang hendak disatukan  dalam perkara-perkara berikut, Tempoh yang lot-lot  itu dipegang;, Kadar cukai yang kena bayar; Jenis penggunaan tanah,syarat dan sekatan kepentingan yang lot-lot itu tertakluk.
  • Sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tanah Negara, keizinan Pehak Berkuasa Negeri ke atas penyatuan  lot-lot di dalam  keadaan-keadaan di perenggan-perenggan (i) dan (ii) adalah  dengan bermaksud bahawa keluasan yang disatukan itu hendaklah dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar.
  • Jika lot-lot itu tidak sama sebagaimana di perenggan (iii) di atas,apabila memberi keizinan ke atas penyatuan itu,Pihak Berkuasa Negeri dikehendaki memberi mana-mana arahan yang berikut:
  • jika tidak bersama lot-lot itu adalah mengenai tempoh hakmilik yang untuknya lot-lot itu dipegang.Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi arahan berkaitan  dengan tempoh keluasan yang disatukan itu dipegang.
  • Jika tidak bersamaan lot-lot itu adalah mengenai kadar cukai yang kena dibayar.Pihak  Berkuasa negeri hendaklah memberi arahan berkaitan dengan kadar cukai yang kena dibayar bagi keluasan yang disatukan;
  • jika tidak persamaan pihak persamaan lot-lot itu adalah mengenai jenis penggunaan tanah yang lot-lot itu tertakluk, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah member arahan berkaitan dengan jenis keluasan yang disatukan.

 

 

PROSES KELULUSAN PENYATUAN TANAH

 

  • Permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemohon mengikut Borang 9C KTN.
  • Permohonan hendaklah menyertakan:
  1. Bayaran ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Tanah Negeri,
  2. Salinan kebenaran atau persetujuan pihak-pihak terlibat
  3. Persetujuan bertulis jika dikehendaki.

 

  • Pejabat Tanah perlu memberi akuan segera akan penerimaan permohonan.
  • Pejabat Tanah akan membuat catitan sekiranya hakmilik dipegang di bawah Pejabat Tanah atau di bawah Pejabat Pendaftar.
  • Pejabat Tanah akan membuat Laporan Tanah. Laporan disediakan oleh Pegawai Penempatan akan menentukan samada terletak dalam PBT atau tidak serta memperihal apa yang ada atas tanah tersebut.
  • Pejabat Tanah akan merujuk Jabatan Teknikal yang lain untuk komen. Antara jabatan terlibat ialah:

 

  1. PBT sekiranya lot-lot tersebut berada dalam pihak berkuasa tempatan.
  2. JPBD sekiranya lot berada di luar kawasan PBT

 

  • Kertas kerja akan dikemukakan kepada EXCO untuk kelulusan
  • Memastikan kot-lot dipegang adalah di bawah hakmilik tetap
  • Lot-lot terlibat adalah berdampingan
  • Lot-lot terletak dalam bandar, pekan atau mukim yang sama.
  • Permohonan dibuat oleh pemilik terlibat.
  • Pihak Berkuasa boleh bersetuju atau tidak ke atas permohonan yang dikemukakan.
  • Permohonan boleh diluluskan hanya jika;
  • Semua lot dipegang di bawah hakmilik tetap
  • Lot-lot itu berdampingan
  • Semua lot itu di dalam satu Bandar pekan atau mukim
  • Jika di dalam kawasan Bandar atau pekan, lot-lot itu tidak dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Tanah
  • Permohonan di buat oleh tuanpunya
  • Keizinan Pihak Berkuasa negeri, jika ada, telah diperolehi
  • Pemohon akan diberitahu dengan segera, dan mengarahkan pembayaran tersebut dibuat segera,
  1. Bayaran-bayaran Ukur
  2. Bayaran bagi menyediakan dan mendaftar hakmilik bagi tetap bagi keluasan yang disatukan.

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s