Bab7f-Pecah Bahagian Tanah

PECAH-BAHAGIAN TANAH

1.0       Makna Pecah-Bahagian

Pecah-bahagian tanah bermaksud bahawa tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, samada hakmilik Pejabat Pendaftar atau hakmilik Pejabat Tanah, oleh dua orang atau lebih sebagai tuanpunya bersama adalah dipecah-bahagikan supaya meletakhak pada tiap-tiap seorang daripada mereka itu di bawah satu hakmilik berasingan, satu bahagian tanah yang keluasannya adalah berkadar sehampir yang mungkin kepada bahagiannya yang belum dipecah dari keseluruhannya. Apabila didaftarkan hakmilik sementara bagi tiap-tiap bahagian atau apabila didaftarkan hakmilik-hakmilik tetep bagi bahagian-bahagian itu sekiranya hakmilik-hakmilik sementara tidak dipohon, hakmilik yang sedia ada adalah terhenti daripada berkuatkuasa.

 

2.0       Kawalan Ke Atas Pecah-Bahagian Tanah

Tuanpunya-tuanpunya bersama bagi tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap boleh memecah-bahagikan tanah mereka hanya jika dipenuhi syarat-syarat tertentu yang dikenakan dalam KTN. Syarat-syarat ini adalah sebahagian besarnya untuk mempastikan supaya pecah-bahagian tanah dilakukan dengan cara teratur untuk mengelak kemungkinan timbul darinya apa-apa akibat yang bertentangan.

3.0 Kuasa Ke Atas Pecah-Bahagian Tanah

Sebagaimana yang diperuntukan di bawah peruntukan KTN, jika ketiadaan apa-apa arahan yang berlawanan daripada Pehak Berkuasa Negeri, kelulusan pecah-bahagian handaklah diberikan oleh Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri mengenai tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Pendaftar dan oleh PHT berhubung dengan tanah yang dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah. Arahan berlawan boleh jadi dengan bermaksud  bahawa pecah-bahagian hendaklah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sendiri atau oleh mana-mana pehak berkuasa lain yang diperwakilkan kuasa oleh Pehak Berkuasa Negeri. Arahan itu boleh jadi juga bermaksud bahawa Pesuruhjaya Tanah dan Galian Negeri atau PHT hanya boleh meluluskan pecah-bahagian setelah badan/pehak berkuasa yang diujudkan di bawah arahan itu memberi persetujuan ke atas pecah-bahagian itu. Hendaklah diperhatikan bahawa arahan sedemikian sepatutnya disiarkan dalam Warta.

 

 

4.0       Syarat-Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian.

KTN memperuntukan bahawa pecah-bahagian tanah boleh diluluskan hanya jika syarat-syarat tertentu dipenuhi. Secara ringkasnya syarat-syarat itu ialah mengenai:-

  • persetujuan tuanpunya-tuanpunya bersama tanah untuk memecah-bahagi
  • keluasan yang hendak diletakhak kepada tiap-tiap tuanpunya bersama.
  • sekatan kepentingan
  • peruntukan dan kehendak mana-mana undang-undang bertulis yang lain
  • kelulusan pihak berkuasa perancangan
  • persetujuan badan\pihak berkuasa tertentu
  • butiran hasil tanah
  • persetujuan setiap orang/badan yang mempunyai kepentingan tertentu
  • luas minima setiap bahagian yang hendak dipecah bahagikan
  • bentuk bahagian-bahagian yang hendak dipecah bahagikan
  • mempunyai jalan keluar masuk yangs sesuai

  • Syarat-syarat untuk meluluskan pecah bahagian berhubung persetujuan tuanpunya-tuanpunya bersama

Permohonan pecah bahagian tidak boleh diluluskan kecuali tiap-tiap tuanpunya bersama telah mengikut serta atau telah bersetuju kepatas permohonan pecah bahagian. Ini bererti jika A, B dan C adalah tuanpunya bersama mengenai sebidang tanah, permohonan pecah bahagian tidak boleh diluluskan sekiranya B tidal menandatangani borang permohonan bersama-sa adengan A dan C atu jika tiada tandatangan B, persetujuan B secara bertulis yang dimaksudkan bahawa ia bersetuju ke atas pecah bahagian itu tidak disertakan bersama-sama borang permohonan yang ditandatangi oleh A dan C.

  • Syarat untuk meluluskan pecah bahagian berhubung dengan kelasan yang hendak diletakkan hak kepada tiap-tiap tuanpunya bersama

Pecah bahagian tidak boleh diluluskan sekiranya keluasa yang hendak dipecah bahagikan kepada tiap-tiap tuanpunya bersama tidak berkadar sehampir mungkin dengan bahagianya yang belum dipecah bahagikan daripada keseluruhannya.

Ini bererti sekiranya P, Q, R dan S adalah tuanpunyao-tuanpunya bersama Sebidang tanah yang luasnya 24 ekar permohonan pecah-bahagian mengenai tanah  itu tidak boleh diluluskan jika, misalnya keluasan yang akan diletakhak kepada P ialah 3 ekar dan keluasan yang akan diletakkan kepada Q, Rdan S ialah 7 ekar tiap-tiap seorang.

Dalam kes ini keluasan yang akan dipegang oleh P,Q dan S ialah7 ekar tiap-tiap seorang.Atau jika,misalnya ¼ ekar akan digunakan untuk jalan keluar-masuk manakala keluasan yang akan diletakhak kepada P,Q,R dan S hendaklah lebih kurang 5.93 ekar tiap-tiap seorang.

Hendaklah diperhatikan bahawa bilangan bahagian yang tanah itu dipecah-bahagikan tidak boleh melebihi  atau kurang daripada bilangan tuanpunya bersama.Jika sebidang tanah dipegang oleh tiga orang tuanpunya bersama,maka bilangan bahagian yang tanah ini boleh dipecah-bahagian ialah tiga.Dalam kes ini jika di dalam permohonan pecah-bahagian dinyatakan bahawa tanah itu akan dipecah-bahagikan kepada dua bahagian sahaja,maka permohonan itu tidak boleh diluluskan.

(c)        Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian Berhubung dengan Sekatan Kepentingan

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah KTN permohonan pecah-bahagian tidak boleh dilulus jika tanah itu tertakluk kepada sekatan kepentingan yang bermaksud bahawa pecah-bahagian tidak boleh dilakukan.

 d)        Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian Berhubung dengan Peruntukan dan Kehendak Mana-Mana Undang-Undang Bertulis Yang Lain

Sebagaimana yang diperuntukkan di dalam KTN, pecah-bahagian tidak boleh diluluskan, sekiranya bertentangan dengan apa-apa peruntukan atau kehendak mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

(e)        Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian Berhubung dengan Kebenaran Pihak Berkuasa Perancangan

 

Sebagaimana yang diperuntukkan KTN, kebenaran pihak berkuasa tempatan (yang adalah juga pihak berkuasa perancangan) adalah mustahak sebelum boleh diluluskan pecah-bahagian tanah di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.Pecah-bahagian tanah di dalam kawasan tersebut tidak boleh bertentangan dengan mana-mana pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dengan mana-mana keputusan pihak berkuasa perancangan(yang adalah juga pihak berkuasa tempatan).

Jika tanah yang hendak dipecah-bahagikan terletak di luar kawasan pihak berkuasa tempatan, biasanya diperolehi pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa sebelum meluluskan permohonan pecah-bahagian.

(f)        Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian Berhubung Dengan Persetujuan Badan/Pihak Berkuasa Tertentu

Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah KTN mengenai pecah-bahagian tanah, Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat arahan bahawa pecah-bahagian tanah yang tertentu tidak boleh diluluskan kecuali diperolehi persetujuan badan/pihak berkuasa yang diwujudkan di bawah arahan itu, maka mana-mana permohonan tanpa persetujuan ini tidak boleh diluluskan.

 (g)       Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian Berhubung Dengan Butiran Hasil Tanah

Sebagaimana yang diperuntukkan dalam KTN, pecah-bahagian tanah tidak boleh diluluskan jika terdapat sebarang butiran hasil tanah yang masih belum dijelaskan mengenai tanah itu. 

(h)        Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian Berhubng Dengan Persetujuan Tiap-Tiap Orang/Badan Yang Mempunyai Kepentingan Ke Atas Tanah

Sebagaimana yang diperuntukkan dalam KTN, jika tanah itu tertakluk kepada gadaian, pajakan atau lien, atau jika pajakan tanah itu tertakluk kepada gadaian, pajakan atau lien dan kecuali mengenai pajakan sebahagian tanah di mana bahagian itu adalah bersamaan betul dengan satu daripada bahagian-bahagian yang dicadang pecah-bahagi, persetujuan bertulis tiap-tiap, orang/badan yang berhak mendapat faedah gadaian, pajakan atau lien pada masa dibuat permohonan hendaklah diperolehi seselum boleh diluluskan pecah bahagian.

  • Syarat Untuk Meluluskan Pecah-Bahagian Berhubung Dengan Keluasan Minima Tiap-Tiap Bahagian Yang Dipecah-Bahagi

Sebagaimana yang diperuntukkan dalam KTN, pecah-bahagian tanah tidak boleh diluluskan mengenai tanah yang tertakluk kepada jenis “pertanian” atau kepada apa-apa syarat yang mengkehendaki penggunaannya untuk maksud pertanian jika keluasan mana-mana bahagian yang hendak dipecah bahagian kurang daripada satu ekar (Kelantan kelulusannya tidak kurang setengah ekar)

Jika dipecah-bahagian adalah mengenai tanah yang tidak tertakluk kepada jenis “pertanian” atau tidak tertakluk kepada apa-apa syarat yang menghendaki penggunaannya untuk maksud pertanian, keluasan mana-mana bahagian yang hendak dipecah-bahagi tidak boleh kurang daripada keluasan minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan kedudukannya sebagai pihak berkuasa perancangan (jika tanah itu di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan) atau oleh Pihak Berkuasa Negeri (jika tanah itu terletak di kawasan pihak berkuasa tempatan).

(j)         Syarat  Untuk  Meluluskan  Pecah-Bahagian  Berhubung  Dengan  Bentuk  Bahagian  Yang  Dipecah-Bahagi

 Sebagaimana yang diperuntukkan dalam KTN, pecah-bahagian tidak boleh diluluskan jika bentuk bahagian yang dipecah-bahagi tidak sesuai dengan maksud bahagian yang dicadang gunakan.

 (k)      Syarat  Untuk  Meluluskan  Pecah-Bahagian  Berhubung Dengan  Jalan  Keluar  Masuk

Sebagaimana yang diperuntukkan dalam KTN, pecah-bahagian tidak boleh diluluskan jika mana-mana bahagian yang di pecah-bahagi tidak mempunyai salah satu daripada jalan keluar masuk ke jalan, sungai, bahagian pantai pasang surut atau stesen kereta api (daripada semua ini, jalan keluar masuk ke jalan raya adalah lebih baik) seperti berikut:

  • jalan keluar-masuk secara terus atau
  • jalan keluar-masuk yang memuaskan (misalnya, dalam bentuk kawasan tanah Kerajaan yang dirizapkan untuk tujuan keluar-masuk);

Salah satu daripada jalan-jalan keluar-masuk berikut di dalam lot yang tuan  punya bersama bersetuju mengadakan di dalam permohonan pecah-bahagian  mereka: melalui jalan daratan yang akan dianggapkan sebagai diserah balik kepada Pihak Berkuasa atau melalui hak lalu-lalang yang akan diisytiharkan oleh PHT.

Jalan keluar-masuk dimaksudkan boleh menghubungkan bahagian yang di pecah-bahagikan ke jalan secara terus atau melalui jalan keluar-masuk yang memuaskan (misalnya, dalam bentuk kawasan tanah Kerajaan yang dirizapkan untuk tujuan jalan keluar-masuk) .

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s