Bab7e-Proses Tukar Syarat Carian Rasmi

CARIAN

  • Untuk membolehkan mana-mana orang bagi mendapatkan daripada Pejabat Pendaftar atau Pejabat tanah segala butir-butir kemaskini mengenai sesuatu hakmilik dan dokumen yang berhubung dengan catitan-catitan di dalam hakmilik itu.
  • Sungguhpun hakmilik bagi tanah mengandungi dokumen daftar dan dokumen keluaran, tetapi hanya dokumen hakmilik daftar sahaja yang disimpan di Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah yang selalunya dikemaskini.
  • Butir-butir baru sedemikian kerap kali diperlukan sebelum dapat dilaksanakan sesuatu urusan. Sebelum seorang membeli tanah ia hendak tahu samada tanah itu tertakluk kepada:

 

  1. kaviet atau perintah larangan atau tidak atau
  2. samada penjual itu adalah tuanpunya berdaftar atau tidak atau
  3. samada tanah tersebut akan diambil secara paksa oleh pihak kerajaan atau tidak atau
  4. tanah itu tertakluk kepada tindakan perampasan atau tidak.

 

Carian Persendirian

 

  • Carian boleh dibuat oleh orang itu sendiri semasa waktu biasa pejabat bagi Pejabat Pendaftar atau Pejabat tanah setelah menjelaskan bayaran yang dutetapkan mengikut Kaedag Tanah Negeri masing-masing.
  • Semasa membuat carian, ia boleh memeriksa, membuat catitan atau cabutan atau buku catitan pembetulan dan mana-mana suratcara urusan atau permohonan yang telah diserahkan atau dibuat kepada atau dalam simnpanan pendaftar atau pentadbir Tanah.
  • Semasa mebut carian persenrian, seseorang tidak boleh dibenrkan untuk memindahkan sendiri dokumen itu dan tidak boleh memilih tempatr di mana ia patut duduk dan memeriksa dokumen tersebut.
  • Menjadi tanggungjawab Pendaftar atau Pemungut untuk mempastikan supaya orang itu diberi layanan yang baik dan diberi kemudahan-kemudahan yang mencukupi untuk membolehkannya memeriksa, membuat catitan atau cabutan daripada dokumen itu. Untuk maksud ini, kerusi dan meja akan disediakan dipejabat terlibat.
  • Adalah perlu seorang kerani hadir bersama ketika seseorang mebut carian tersebut bagi memastikan:

 

  1. pemohon mendapat dokumen yang dikehendaki dalam masa yang munasabah.
  2. Ia tidak memeriksa dokumen lain di dalam daftar yang sama yang tidak dibuat bayaran untuknya.
  3. Ia tidak mengoyak atau meninda mana-mana dokumen.

 

Carian Rasmi

 

  • Jika seseorang tidak berhajat untuk membuat sendiri carian itu, ia boleh memohon kepada pendaftar atau pentadbir tanah untuk melakukan carian resmi.
  • Setelah menerima permohonan beserta bayaran yang ditetapkan oleh Kaedah-kaedah Tanah Negeri, Pendaftar atau Pemungut hendaklah mengeluarkan carian resmi kepada pemohon.
  • Borang perakuan itu adalah seperti yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah tanah negeri. Secara pentadbiran, dua salinan perakuan hendaklah disediakan, perakuan asal untuk diberikan kepada pemohoan dan salinannya disimpan di dalam fail.
  • Pendaftar atau Pentadbir Tanagh hendaklah memastikan supaya tidak terda[at kesipalan atau ketinggalan dalam perakuan carian yang dikeluarkan. Ini adalah kerana pembeli mana-mana tanah atau mana-mana bahagian atau kepentingan dalamnya yang mengalami apa-apa kerugian atau ketinggalan daripada mana-mana perakuan carian adalah berhak kepada pampasan sebagaimana yang dipersetujui atau diputuskan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s