Bab7c-Proses Tukar Syarat Tanah

Apa Itu Tukar Syarat Tanah?

Mengenakan atau mengubah jenis kegunaan tanah atau mengenakan atau meminda mana-mana syarat nyata tanah atau meminda sebarang sekatan kepentingan bertujuan untuk mengenakan kegunaan, syarat nyata atau sekatan kepentingan tanah yang baru bagi membolehkan tanah dimajukan bagi maksud selain daripada kategori kegunaan tanah yang asal.

PROSES TUKAR SYARAT TANAH

 

  • Permohonan hendaklah dibuat oleh tuanpunya tanah.
  • Permohonan dibuat dalam borang yang ditetapkan di dalam kaedah Tanah negeri sepertimana ditetapkan.
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan buttiran berikut:
  1. Pelan tanah.
  2. Perakuan carian rasmi
  3. bayaran proses permohonan
  4. persetujuan bertulis daripada tiap-tiap orang atau badan yang mempunyai kepentingan berdaftar ke atas tanah atau mempunyai tuntutan faedah di bawah mana-mana tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran

  • Permohonan asal hendaklah diperakui penerimaannya dengan segera.
  • Pejabat tanah akan merujuk permohonan terhadap jabatan-jabatan teknikal untuk komen dan pandangan terhadap permohonan yang dikemukakan.

  • Jabatan-jabatan yang dirujuk adalah seperti:

  1. Jabatan Perancang Bandar dan desa,
  2. Jabatan Parit dan saliran,
  3. Pihak Berkuasa Tempatan,
  4. Jabatan Kesihatan Negeri,
  5. Jabatan Pertanian,
  6. Jabatan Penerbangan Awam,
  7. Tenaga Nasional,
  8. Syarikat Telekom Malaysia,

  • Pejabat tanah juga perlu mendapat Nilai Pasaran tanah daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta bagi tujuan pengenaan Premium Tambahan.
  • Kertas pertimbangan disediakan oleh PTG untuk dibincangkan dalam sidang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Kertas kerja tetap disediakan walaupun PTG telah diwakilkan kuasa untuk meluluskan permohonan.

  • Jika diluluskan permohonan TS, maka maklumat diberitahu kepada pemohon. Maklumat hendaklah mengandungi:
  1. Surat Kelulusan permohonan,
  2. Banyak premium yang perlu dibayar,
  3. Tempoh bayaran premium
  4. Lain-lain syarat yang telah ditetapkan oleh PBN,

  • Pemohon akan dikehendaki mengemukakan Dokumen Hakmilik Keluaran untuk dibuat catitan, pembatalan atau apa-apa pindaan.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s